Sulit
2 tahun
Selepas result swab test keluar hidung tersumbat dan badan lenguh
Salam hi doktor. Sy dapat result hari ni, waktu malam badan rasa panas tapi tak demam, hidung sumbat tetapi tidak selsema dan badan sy rasa lenguh2 doktor. Apakah saya perlu menjalani swab test kali kedua?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan anda mengenai keperluan membuat swab test kali kedua kerana muncul gejala.
Berdasarkan keterangan anda, tidak dinyatakan hasil keputusan swab test pertama sama ada negatif atau positif. Sekiranya negatif, maka swab test kedua perlu dilakukan. Namun sebaiknya anda menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). untuk maklumat dan tindakan lanjut.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini