
Sulit
5 tahun
Selepas sebulan pembedahan buasir
selepas sebulan pembedahan buasir cara laser… saya masih mengalami sakit ketika membuang air besar… kadang2 ada pendarahan sedikit… adakah ini normal? bagaimanakah cara utk sembuh sepenuhnya? saya dah amalkan pmakanan sihat dan minum air yg banyak setiap hari… apa yg boleh saya lakukan utk penyembuahan luka bekas buasir?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Memandangkan perkara ini telah berlanjutan selama sebulan, seharusnya sakit tersebut harus semakin berkurangan. Jika anda mengalami sakit yang berlebihan, demam, bernanah pada kawasan pembedahan, anda harus mendapatkan rawatan segera.
Anda disarankan:
- menjaga kebersihan pada kawasan pembedahan
- tidak memakai seluar dalam yang ketat
- mengambil ubat tahan sakit jika ia berebihan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.