
khairulmat22
5 tahun
Selepes membuat pembedahan ketuat
Saya nak bertanya mengenai ketuat yang saya sudah buang melalui pembedahan. Sudah masuk hari ke 4. Ada ke terdapat sebarang pantang yang perlu saya berjaga-jaga? Boleh ke tempat pembedahan itu kene air ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, untuk pembedahan ketuat terdapat beberapa jenis. Namun anda disini tidak menyebutkan lokasi ketuat serta jenis pembedahan yang dijalani. Justeru, sukar untuk pihak kami memberikan nasihat ataupun pandangan yang tepat berkenaan masalah anda ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.