
Sulit
4 tahun
Selera makan hilang dan kalau makan berlebihan akan muntah
Saya lelaki berumur 24 tahun . Saya mengalami masalah selera makam kurang,lepas makan akan muntah,pedih ulu hati,masa makan akan terase perut senak seperti makan terlalu banyak,badan senang rasa letih,kekadang sampai 2 hari saya tak makan pun tidak rase lapar . Tahun lepas berat saya 69kg , sekarang berat saya turun sampai 39kg . Apa masalah yang saya alami atau ada penyakit yang saya alami ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami bersimpati dengan keluhan yang anda hadapi iaitu kurang selera makan. Namun begitu, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda untuk kami memahami punca sebenar masalah yang anda hadapi.
Namun, secara umum, hilang selera makan dapat disebabkan oleh pelbagai perkara atau penyakit dasar, seperti:
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Irritable bowel syndrome (IBS)
- Gangguan hormon seperti tiroid
- Kanser
- Masalah psikiatri seperti anorexia nervosa
Sebaiknya anda segera mendapat rujukan sebelum tubuh badan anda menjadi terlalu lemah akibat kurang masukan nutrisi. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.