minramzi
4 tahun
Selesama dan sakit tekak
Sy mengandung,sy br smlm mengalami selesama dan sakit tekak selepas kemas stor dirumah…sy x pergi ke luar negara.persoalannya bolehkah sy makan solube jika sy mengandung?
4 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan yang telah anda. Kami tidak memahami apa yang anda cuba sampai kan yang dimaksudkan oleh solube. Jika ia merujuk kepada panadol soluble, wanita hamil boleh mengambil pil tersebut.
Memandangkan sekarang adalah musim wabak COViD, anda disarankan untuk menjalani quiz risiko jangkitan COVID
Keperluan ujian saringan adalah bergantung kepada risiko anda. Memandangkan anda sedang mengalami gejala seperti selesema dan sakit tekak, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Sekiranya berisiko tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Selaim COVID, masalah selesema dan sakit tekak boleh disebabkan oleh pelabagai masalah kesihatan lain. Antaranya:
- jangkitan virus
- dehidrasi
- alahan rhinitis
- radang sinus
- radang tonsil
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih sekali lagi. Saya berharap jawapan yang telah saya berikan boleh membantu anda.