
Sulit
3 tahun
Selesema & Bersin ketika berada di kawasan yang mempunyai aircond
Baru - baru ini saya mengalami selesema dan bersin ketika berada di kawasan yang mempunyai aircond . Sebelum ini juga saya penah duduk di bilik yang mempunyai aircond tetapi tidak pernah terjadi hal ini Sy telah mengalami hal ini sebyak 2 kali . Sy juga sering berasa panas dan berpeluh badan .

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Alahan
- Penyakit asma
- Allergic rhinitis
- Sinusitis
- Polip hidung
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Untuk masalah sering berasa panas dan berpeluh badan, ia boleh merupakan gejala tambahan daripada masalah anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak