fain.zati
2 tahun
Selesema dan telinga berdesing
Saya selesema dan setiap kali saya blow hingus, telinga saya belah kanan berdesing macam ada air dalam telinga, dan selepas blow, kepala saya akan pening macam nak pitam.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah telinga berdesing beserta selesema dan batuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Usia
- Bunyi yang kuat
- Tahi telinga yang penuh
- perubahan tulang telinga (Otosclerosis)
- Salur telinga eustachian tidak berfungsi dengan baik
- Ketumbuhan di telinga
- Penyakit Meniere
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.