
arenyss1284
6 tahun
Selesema ketika mengandung
Sy sedang mengandung 3bulan ank yg ke 4 boleh x sy mengambil ubat selesema fedac tablet …kerana sy sedang mengalami sinus yg agak teruk …dah sblm sy mengandung …mmng ubat ini serasi dgn saya .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat banyak pilihan ubat selesema (antihistamine) di pasaran tetapi bukan semua boleh digunakan oleh ibu mengandung. Soalan lanjut perlu ditanya berkaitan selesema Puan sebelum menentukan bahawa Puan benar-benar memerlukan ubat Fedac buat masa ini. Puan dinasihatkan mendapat pendapat lanjut untuk menentukan ubat selesema (antihistamine) yang terbaik untuk keadaan anda.
Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat lanjut dengan pihak kami. Anda boleh klik pada link ini DoctorOnCall untuk konsultasi melalui atas talian secara percuma.
Terima kasih.