
Sulit
4 tahun
Selesema setiap bln, adakah sy resdung?
Saya wanita berumur 34thn dan sy mengalami selesema setiap bln. Adakah sy resdung? Tp selesema ni klo kna mesti sy akan hilang deria bau, hingus y byk (jernih),sakit tekak. Sdgkn skang ni musim covid sy risau. Atau doctor ade cara utk kurangkn mengalami selesema setiap bln ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu selsema setiap bulan. Untuk pengetahuan anda, masalah selsema yang kerap boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Allergic rhinitis (resdung) alahan akibat sejuk, habuk, makanan
- Non-allergic rhinitis seperti drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak)
- Jangkitan virus
Untuk mengetahui penyebab sebenar, maklumat lanjut adalah diperlukan. Biasanya, selsema tidak memerlukan rawatan khusus. Bagi selsema yang disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberikan dengan preskripsi doktor. Tiada ubat antiviral yang khusus untuk mana-mana virus selsema kerana virus berubah atau bermutasi secara genetik setiap musim.
Langkah yang boleh dilakukan bagi merawat selsema adalah seperti:
- Minum banyak air untuk mengurangkan hidung tersumbat dan mengelakkan lendir daripada menjadi terlalu tebal. Minum air akan mengelakkan dehidrasi dan mengekalkan kelembapan kerongkong dan saluran rongga hidung.
- Cecair yang disyorkan termasuklah air, minuman sukan, teh herba, minuman buah-buahan dan sup.
Namun sekiranya gejala anda masih berlarutan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.