
mizzayu84
5 tahun
Selesema teruk sehingga gegendang sakit
Saya wanita 30an. Beberapa hari demam selesema agak teruk… Pagi tadi gegendang telinga merasa sangat sakit… Saya pergi berjumpa doc… Katanya gegendang telinga saya membengkak teruk dan sgt2 merah… Doc ada bagi ubat dan beritahu selepas 4 hari jika berlarutan sila ke hospital… Malam ini hingus saya ada campuran darah merah. Adakah itu bahaya… Sebelum demam saya mengalami sakit kepala yg melampau… Moga doc dpt membantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah hidung berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- trauma pada salur arteri hidung kerana hembuan selesema.
- demam panas
- masalah kurang pembeku darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.