live56919
6 tahun
Selesma dan batuk serta sakit2 seluruh badan
Saya lelaki dalam usia 27 mengalami selesma dan batuk beberapa hari ini…saya mengalami kesukaran bernafas serta sakit2 sendi…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit sistem pernafasan seperti jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease).
- Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
- Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah *kekurangan darah merah (anaemia), alahan , jangkitan resdung.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





























