
Sulit
5 tahun
Selsema, badan dedar srperti mahu demam, badan bisa2 dan batuk
Saya berumur 26 tahun…pada sekitar 5 mac 2020…saya telah mengalami selsema dan pulih pada 7hb…kemudian dalam minggu ini saya mengalami sakit tekak, badan dedar seperti mahu demam dan badan terasa sengal…pada hari ini pula saya sudah mengalami batuk…saya tiada kontak dgn mana2 individu yg positif covid…tetapi pada hari khamis lepas saya mendapat berita bahawa ada individu yg telah menjadi suspek covid-19…individu tersebut telah menggunakan lift di tempat kerja saya dan saya juga ada menggunakan lift tersebut…perlu atau tidak saya menjalani pemeriksaan di pusat kesihatan berhampiran??

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID-19.
Untuk makluman anda, masalah demam dan batuk serta sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain COViD-19. Antaranya:
- jangkitan virus ‘common flu’
- radang sinus
- demam denggi (lebih-lebih lagi jika terdapat kes denggi di kawasan rumah anda)
- keradangan
- radang pharynx
Walaubagaimanapun, kita masih belum boleh mengecualikan COVID-19. Sila nilai risiko anda melalui kuiz berikut:
- Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini