eija05ruslan
5 tahun
Selsema berpanjangan dan batuk berkahak
Saya F/37 tahun telah mengalami selsema dan diikuti dengan batuk berkahak dalam lebih kurang seminggu ini. Saya tidak membuat perjalanan ke luar negara dan mengalami keguguran baru-baru ini. Adakah ini berkait dengan Covid19? Saya juga telah membuat penilaian covid19 secara online dan keputusan adalah minimal. Perlukah saya menjalani ujian saringan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda dan syabas kerana telah mengambil inisiatif untuk menjalani ujian penilaian COVID-19 secara online. Berdasarkan keputusan anda, anda tidak perlu bergegas untuk melakukan ujian untuk COVID-19. KKM memberi keutamaan kepada golongan yang berisiko sederhana tinggi dan tinggi buat masa sekarang. Namun, sekiranya anda berminat, kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala selsema dan batuk berkahak boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































