
shazlizashaz
5 tahun
Selsema dan batuk selama 4 hari. Tiada demam. Perlukah saya berjumpa doc? Bagaimanakah saya ingin mengambil ubat dan utk pengetahuan doc, sy bekerja (Bank). Perlukah saya dtg kerja?
Saya berumur 42 thn dan mengalami selsema dan batuk selama 4 hari. Tiada demam. Perlukah saya berjumpa doc? Bagaimanakah saya ingin mengambil ubat dan utk pengetahuan doc, sy bekerja (Bank). Perlukah saya dtg kerja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang diajukan. Berdasarkan simptom anda, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala selsema dan batuk boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Buat masa sekarang, anda harus memantau simptom anda dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan penyebaran virus di tempat kerja anda walaupun jika ini bukan kes COVID-19. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda boleh berjumpa dengan doktor di klinik swasta untuk pemeriksaan lanjut.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini