
Sulit
4 tahun
Selsema dan rasa pening2.. Sakit di bahagian pinggan
Hi doktor.Saya berumur 26thn. Saya berasa tidak sedap badan selepas seminggu bersama suami… Rasa sakit di bahagian pinggang dan payudara berasa sedikit sakit dan (puting ) … Sekarang ia berserta dengan selsema dan pening2 … Kadang2 ada rasa mual… Tetapi saya sudah buat ujian pregnancy test.Tapi ada 1 line sahaja… Apa yang patut saya lakukan ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Untuk makluman anda, ujian UPT ini adalah lebih baik diambil pada 1 minggu selepas tarikh haid yang terlepas, ataupun 2 minggu selepas tarikh bersama suami, bagi mendapatkan keputusan yang tepat mengenai kehamilan anda. Ujian UPT ini berfungsi dengan mengesan hormon kehamilan iaitu HCG yang mengalir pada darah anda, dan hormon HCG ini hanya akan dirembeskan dalam badan jika terdapat persenyewaan dalam rahim yang berjaya. Kemungkinan jika anda mengambil ujian tersebut pada 2 hari selepas bersama suami akan menunjukkan keputusan palsu ataupun keputusan negatif, kerana rembesan hormon HCG tersebut adalah masih pada kadar yang rendah.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.