
Sulit
5 tahun
Selsema dan sembelit ketika hamil
Saya wanita hamil 21 minggu 5 hari dan saya mengalami selsema…apakah ubat yang sesuai untuk ibu hamil dan saya mengalami sembelit…ubat apa yang sesuai untuk kedua2nya ini yer doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kebanyakan ubat selsema dan sembelit adalah selamat untuk digunakan oleh ibu hamil. Justeru, anda boleh bertanyakan kepada ahli farmasi tentang ubat yang sesuai untuk keluhan dan selamat untuk status kehamilan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk bertanyakan tentang ubat, anda boleh klik pada link (DoctorOnCallEPharma) ataupun pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.