Sulit
6 tahun
Selsema lebih dari seminggu
Hi dr,dari selasa (17/3/2020) saya alami selsema sehingga kini…selepas 3 hari saya ada mengambil vitamin c (500mg per kapsul)
Semalam dan kelmarin saya ada alami cirit birit.skrg tidak lagi.dan badan rasa lesu…malah macam nak demam…tapi bukan.
Adakah ia tanda2 covid19
Terima kasih,dr
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala selseama, demam dan cirit-birit yang suami anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman dalam usus atau organ lain
- Penyakit radang usus
- Penyakit tibi
- Alahan persekitaran (selsema)
- Jangkitan dalam otak seperti meningitis
- Ketumbuhan dalam badan - seperti kanser juga boleh menyebabkan demam
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































