ibrahimrizal
4 tahun
Selsema pada pagi Isnin
Saya yang berumur 44 tahun, setiap pagi Isnin ( selepas 2 hari cuti ) , akan rasa nak selsema. Hampir setiap minggu begini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan pada bahan dipejabat, tekanan pekerjaan
- Alahan Rhinitis
- Jangkitan Virus (Memandangkan anda terdedah pada risiko influenza kerana bekerja di pejabat)
Sekiranya masalah ini berlanjutan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.