kakngahnabilah
5 tahun
Selsema, pening, kerap bersin, suhu ialah 37.1 C - adakah simptom covid?
hi doktor. saya berumur 23 tahun dan baru pulang dari bali pada 5 mac lalu dan juga ho chi minh, vietnam pada 11 mac lalu atas dasar kerja.
2 hari ini saya mengalami selsema (runny nose),(mild) perit di bahagian tekak, pening kepala, suhu badan ialah 37.1 C, dan juga kerap bersin. perlukah saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut berkaitan covid 19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi!
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda berkenaan simptom selsema dan pening. Indonesia dan Vietnam tidak termasuk dalam negara yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Masalah sinus
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































