Sulit
5 tahun
Selsema, tiada demam, tiada batuk teruk, tiada sesak nafas, tiada travelling tapi pernah berurusan dengan pesakit positive covid 19
saya wanita berusia 34y. mengalami gejala selsema bermula 18 mac yg lalu dan sudah pulih sehingga 21 mac dengan hanya makan ubat yang dibeli di kedai (hurix 600fluaway) . tiada demam direkod sepanjang tempoh selsema (suhu sekitar 35 - 36.6), batuk sekali sekala bila rasa tekak gatal, tiada sesak nafas tp bernafas mcm tak puas. bermula 22 mac sehingga sekarang (23 mac) saya hilang deria rasa dan bau walaupun dalam keadaan hidung yang tidak tersumbat. saya ada berurusan dengan pesakit positiv covid 19 sekitar 2 - 3 minggu yang lepas (pada masa itu beliau belum disahkan positiv) dalam tempoh masa lebih kurang 10 minit dan ada pas fail. adakah saya mengalami symptom wabak covid 19 atau hanya kesan daripada selsema yang sy alami tempoh hari? jika ya, berapa lama tempoh hilang deria bau dan rasa ini akan saya hadapi? bantu saya. terima kasih doc.
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kesihatan anda ketika wabak COVID-19 yang sedang melanda negara kini.
Seperti yang anda ketahui gejala COVID-19 ini adalah sangat umum dan berkait rapat dengan masalah lain seperti jangkitan virus atau bakteria lain, contohnya influenza, asma, batuk kering, atau alahan.
Oleh itu, anda digalakkan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini DoctorOnCall Tanya
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































