Anonymous
6 tahun
Seluruh badan saya rasa semut semut dan tidak boleh jalan secara tiba-tiba
saya wanita umur 28 tahun saya mengalami sakit bersemut-semut satu tubuh badan pada tahun lalu iaitu bulan 3 pada tahun 2019. saya merasakan bersemut-semut satu badan dan tidak boleh berjalan hanya dalam beberapa jam.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Semut-semut yang anda nyatakan adakah and merasa kebas? Dan anda tidak boleh berjalan adakah kerana rasa kebas tersebut atau kerana sakit atau kaku dan sebagainya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih





























