
Sulit
5 tahun
Semakan Status Ujian Sample covid-19
Hai. selepas pulang dari Jepun, saya telah sambung cuti saya untuk self-quarantine selama seminggu. selepas seminggu pulang , saya mengalami simtom batuk, saya segera ke KK untuk health screening dan KK telah melakukan pengujian sample bg covid-19 di salah sebuah KK di seremban pada Jumaat 6/3/2020.
Saya ingin tahu, bagaimanakah untuk membuat semakan berkaitan hasil ujian sample tersebut, dan bagaimana pula status saya pada minggu ini? adakah masih dikuarantin atau sudah boleh mula masuk ke pejabat esok kerana tiada surat perintah pengawasan diberi kepada saya untuk terus sambung kuarantin di rumah? Saya telah cuba menghubungi CPRC dan JKD Negeri Sembilan namun gagal untuk dihubungi/tembus talian.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai wabak COVID19 yang berleluasa ini. Kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh mendapatkan keputusan ujian tersebut kerana ia berada di pusat kesihatan tersebut. Anda mungkin boleh menghubungi pusat tersebut pada hari Isnin sehingga Jumaat waktu bekerja.
Bagi kuarantin, tempoh tersebut bergantung pada keputusan ujian tersebut. Saya mohon maaf atas kesulitan yang anda hadapi.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya