
rosmastura3
5 tahun
Semasa sy buang air kecil.. Ada keluar darah bercampur lendir. Apa sebabnya ye
Semasa sy buang air kecil… Ada keluar darah bercampur lendir. Apa sebabnya ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kencing berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kecederaan pada saluran peranakan atau kencing
- jangkitan kuman pada saluran kencing
- masalah buah pinggang
- sindrom nefritik
- kecederaan buah pingggang kerana makanan seperti Jering
- kesan sampingan ubat ubatan
Ia juga boleh disebabkan kanser namun ia jarang berlaku seperti:
- kanser buah pinggang
- kanser pundi kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana anda boleh mengalami komplikasi daripada mana-mana punca kencing berdarah. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.