Sulit
4 tahun
Sembelit anak bermula masa umur 8bulan ke atas
saya nak tanya doc…benarkah tepung kanji @ tepung sagu mengatasi anak sembelit??? saya dapat tahu dari rakan,yang campurkan sedikit tepung 1scop susu masuk ke dalam susu anak…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda tidak disarankan untuk menggunakan petua-petua yang tiada asasnya kepada anak yang kecil. Jika anak anda mempunyai masalah sembelit, anda perlu merujuk anak anda kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Antara punca-punca utama sembelit dalam kalangan kanak-kanak adalah:
- Kurang minum susu/air
- Alahan makanan
- Jangkitan kuman - didalam usus, saluran kencing
- Tidak banyak bergerak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.