
Sulit
4 tahun
Sembelit atau kanser
Saya mengalami masalah sembelit , susah nak buang air besar . Tetapi bila saya membuang najis kadar yg sikit tetapi najisnya tidak berwana hitam ayat berdarah . Saya juga Rasa seperti ada benjolan didalam rektum saya tetapi tidak sakit . Saya sudah menjaga pemakanan saya tetapi Masih susah hendak membuang . Perubahan pada najis saya menjadi kecil

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Pengambilan ubat
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Terdapat kebarangkalian benjolan tersebut ialah:
- haemorroids kerana sering sembelit
- ketumbuhan
- rektum yang prolaps
Ujian dan pemeriksaan lanjut diperlukan untuk mengenalpasti punca sebenar masalah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.