
muhammadfaried93
4 tahun
Sembelit Berak Berdarah dan berlendir
Saya berumur 26 tahun, semejak seminggu ni saya mengalami masalah susah nak berak. Ada terasa nak berak tapi tak keluar kadang-kadang saya ada teran jugak tapi rasa skit dan cuma keluar sikit je, pernah sekali saya teran keluar lendir bercampur darah dah bau dia agak busuk dan saya perasan berat badan saya ada turun mendadak… Boleh saya tau sebab apa ye? Berpunca daripada apa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah berak bercampur darah dan lendir ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Kecederaan pada bahagian lubang dubur
- Keradangan pada usus
- Kanser usus ataupun saluran dubur
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.