
Sulit
4 tahun
Sembelit berpanjangan
Saya pelajar perempuan berusia 20 tahun dan telah mengalami masalah sembelit sejak 2016. Saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk mengatasi masalah ni. Saya banyakkan makan sayur dan makanan lain yang boleh membantu masalah sembelit tapi tidak ada perubahan. Selain sembelit, saya susah juga buang angin sama ada sendawa atau fart. Paling lama saya tidak membuang ialah hampir 2 minggu. Sejak 4 tahun lalu, saya makan ubat sembelit seminggu sekali. November 2020, dah hampir 3 bulan saya tak boleh membuang tanpa makan ubat. Saya dah banyak kali tukar jenis ubat sebab bila dah lama sangat ubat tu tak berkesan. Sekarang saya makan Novolax 1 kali seminggu. Awal-awal makan ubat tu hujung bulan 8. Saya makan 2 tablet. Tapi sejak akhir-akhir ni 2 tablet dah takde kesan kat saya. Ada beberapa kali saya makan 3 tablet sebab desperate sangat. Bila pergi klinik, doctor cakap makan sayur, makan itu makan ini. Saya dah makan semua tu tapi still takde kesan. Saya risau sebab benda ni dah lebih 4 tahun dan kebelakangan ni buang air kecil pun tak kerap walaupun saya minum air kosong banyak. Apa patut saya buat?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan sembelit yang kronik walaupun sudah mengubah diet dan mencuba rawatan sembelit. Kemungkinan terdapat masalah lain yang menyebabkan sembelit dan memerlukan siasatan dan pemeriksaan lebih lanjut untuk mendapatkan diagnosis. Antara punca sembelit kronik ialah:
- Hypothyroid (masalah kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon secukupnya)
- Diabtetes
- Sindrom iritasi usus (IBS)
- Kegelisahan
- Kemurungan
- Multiple sclerosis
- Usus tersumbat
- Kanser usus
- Trauma pada saraf tunjang
Namun begitu, penyakit-penyakit yang saya senaraikan datang dengan simptom-simptom lain bersama simptom sembelit, namun saya masih sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.