
Sulit
4 tahun
Sembelit , buasir , dan sakit perut sebelah kiri
Sy wanita berumur 26 tahun . Sejak 2 bulan lpas saya mngalami sembelit. Saya telah cuba mengambil ubat pelawas seperti lactul . Namum apabila sembelit kembali menyerang apabila saya berhenti mngambil ubat tersebut . Selain itu, saya juga mengalami buasir dan sakit di bahagian perut sebelah kiri yang mana apabila ditekan seperti ada benjolan. Saya juga telah berusaha utk bnyak mngambil buah ,sayuran dan minum secukup nya namun tidak ada perubahan terhadap msalah smbelit saya …selain itu najis saya juga kecil dan berketul . Kadang kala kurus tetapi tidak gelap . Tolong sy doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Tahi yang keras
- Kekurangan air (dehidrasi)
- Kanser usus
- Masalah ginekologi:
- Ovarian cyst
- Radang organ pelvis
- Kehamilan luar rahim
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca sebenar berdasarkan soalan sahaja. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini memerlukan perhatian kerana anda mengalaminya buat masa yang lama dan memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.