
hafizhazri93
4 tahun
Sembelit (Constipation)
Hai doktor. Saya lelaki berumur 26. Saya ada masalah membuang air besar dan sakit di sekitar kawasan rectum. Saya telah ke klinik dan doc memberi ubat pelembut najis dan beberapa jenis ubat yg lain. Saya juga amalkan makanan yg mengandungi serat dari buah dan sayuran. Tetapi selepas 3 hari saya makan ubat saya dapati najis tetap tidak dapat keluar selepas mengambil ubat dari klinik dan saya dapat rasa najis tersangkut di kawasan usus. Apakah rawatan yg lain yg boleh saya lakukan doctor. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kadang kala, selepas episod sembelit yang kronik, walaupun anda telah mengambil pelembut najis dan makan banyak serat, najis agak sukar untuk keluar memandangkan terdapat banyak kuantiti najis terdapat dalam usus anda. Najis ini juga telah padat dan akan agak sukar untuk keluar. Anda boleh mengambil langkah dengan cuba mencangkung dengan kerap di tandas untuk merangsang usus anda agar najis anda keluar.
Sekiranya masih mengalami masalah dan najis masih belum keluar, sila rujuk kembali kepada doktor untuk rawatan lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.