
annyyssmas
4 tahun
Sembelit dan benjolan pd perut kiri
hai doktr…sya seorg perempuan 26tahun…kenapa ya apabila saya sembelit saya rasa sakit pd bwh perut kiri sya dan bila sya pegang macam ada benjolan…tetapi bila dah membuang benjolan dan sakit dh tiada…dan sya juga mempunyai masalah keputihan yang berwarna kuning…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sembelit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengaruh gaya hidup
Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Menunda buang air besar
Sering kali anak-anak maupun orang dewasa menunda untuk buang air besar kerana perasaan takut, malu, atau tiada privasi untuk menggunakan tandas
- Pengaruh ubat-ubatan
Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Masalah benjolan diperut boleh disebabkan:
- Hernia (boleh menyebabkan sembelit jika hernia melibatkan usus)
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
Keputihan yang berwarna kuning boleh disebabkan perkara berikut:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana terdapat komplikasi yang teruk sekiranya benjolan anda ialah hernia. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.