
Sulit
4 tahun
Sembelit dan sakit perut selepas membuang air besar
Saya wanita berumur 19tahun… Boleh saya tahu punca punca boleh sembelit… Sebab saya mula ada masalah sembelit selepas saya bergaduh dengan adik saya dia tersepak pinggang saya dan masa tu seminggu saya derita sakit bahagian pinggang nak berdiri sakit, nak bangun dari baring sakit dan nak baring pun sakit… Semasa sakit tu mula punca saya buang air besar rasa sakit kena meneran teruk2 najis keluar rupa taik kambing cuma besar sikit najis saya… Itu saya nak tahu boleh jadi punca ke?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami,
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Najis seperti tahi kambing disertai dengan sukar membuang air besar, sering dikaitkan dengan gejala sembelit atau konstipasi. Ia boleh berpunca dari pelbagai faktor, antaranya:
- tabiat pemakanan yang kurang sihat
- kurang serat & air
- produk tenusu yang berlebihan
- gaya hidup yang kurang aktif
- sering menangguh buang air
- tekanan atau kebimbangan
- kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- efek sampingan dari ubat
Atau penyakit seperti
- Irritable bowel syndrome(IBS)
- Penyakit radang usus.
- Kanser usus (biasanya disertai penurunan berat badan yang drastik dan usia tua
Maka, terkait dengan peristiwa tersepak pinggan itu memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami, apatah lagi merekomendasikan rawatan. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.