
Sulit
5 tahun
Sembelit dan susah membuang air besar
Saya wanita berumur 29 tahun.saya mengalami sembelit dan susah untu membuang air besar.najis saya menjadi keras,dan tersumbat.sembelit ini membuatkn saya merasa loya,badan berbau selera makan kurang sebab takut najis keras.dan saya berasa sakit di bahagian perut.saya ada juga beli ubat di farmas tapi tak berkesan.najis yang tersumbat tak nak keluar.saya dah buntu…tak tahu macam mana nak bg keluar najis yang tersumbat tu…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
.* Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome). - Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.