
norsuriana52
5 tahun
Sembelit dan tidak dapat buang air besar
Saya riana wanita berumur 27tahun…ada masalah pembuangan air besar…saya selalu alami masalah sembelit…selalu saya boleh buang air besar…kali ini saya tidak dapat buang air besar…perut saya seperti merasa bengkak di dalam perut…dan najis keluar cair pekat yang sikit dan berbau hanyir seperti nanah…apa masalah pada saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya sembelit, antaranya ialah:
Kurang serat dalam diet.
Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
Pengubatan.
Susu.
Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
Penyalahgunaan julap.
Menahan untuk membuang air besar.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.