Sulit
3 tahun
Sembelit dari umur 14 tahun
sembelit. saya umur 18tahun dan tk kawin lagi. saya sering sembelit dari umir 14tahun. saya makan ubat sembelit yg dibeli di farmasi nama ubat tu “novalex” saya makan slalu smpai tahun elpas so 3tahun saya makan ubat tu u tuk lawas.kadang klau tk makan ubat tu berak berdarah lah tak pun berak smpai 2jam dalam tandas aduii adakah usus saya tersumbat? boleh ke buat operation? boleh explain jugk klau tmpat peranakan jatuh(rahim) mcam mne… risau juga
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Kami memerlukan maklumat lanjut mengenai masalah anda. Berdasarkan kenyataan anda, berikut merupakan mengapa anda mengalami masalah yang disebutkan:
- Kurang mengambil makanan berserat (fibrous food) seperti sayur
- Kurang meminum air
- Perubahan diet
- Gaya hidup yang kurang aktif
- Sembelit
- Masalah psikologi: resah (anxiety), kemurungan (depression) atau stres
Ini hanyalah pandangan kami secara umum tentang masalah biasa yang dapat menyebabkan anda mempunyai sembelit. Anda perlu berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan sekiranya perlu.
Bagi soalan peranakan pula, peranakan kebiasaannya akan jatuh setelah menopaus tetapi ia bergantung kepada faktor lain juga. Sekiranya anda mengalami masalah peranakan jatuh atau masalah berkaitan peranakan pada usia muda, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.