
Sulit
3 tahun
Sembelit, sesak nafas dan sakit di belakang tengkuk
Saya Ikhwan berumur 16 tahun, sebelum ni saya ada sembelit tapi lepas dah makan ubat pelawas, terus sembuh. Tapi lepas seminggu, saya rasa macam perut saya tak selesa sampaikan saya rasa sesak nafas dan belakang tengkuk saya selalu sakit. Boleh doktor jelaskan punca masalah saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan di atas, kami memahami bahawa anda baru sembuh daripada sembelit, namun seminggu kemudian mempunyai simptom baharu iaitu sesak nafas, ketidakselesaan pada perut serta sakit tengkuk. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kumpulan gejala ketidak-selesaan perut serta sesak nafas boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya adalah:
- GERD
- Gastrik
- Keracunan makanan
- Jangkitan H. Pylori
- Masalah jantung
- Masalah paru-paru
Bagi masalah sakit tengkuk, ia boleh diakibatkan oleh banyak perkara lain yang mungkin tidak berkait. Seperti:
- Postur yang salah’
- Masalah otot atau tulang
- Jangkitan meningitis
- Masalah saraf tunjang
Senarai di atas hanyalah diagnosis umum mengenai keadaan anda. Kami tidak dapat memberi nasihat rawatan atau diagnosis tepat tanpa perincian simptom, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal yang sepatutnya.
Bagi pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.