Sulit
3 tahun
Sembelit yang teruk bagi anak yang berusia dua tahun
anak perempuan saya berumur dua tahun dan mengalami masalah sembelit yang teruk.Dah seminggu tidak berak last berak ialah pada rabu minggu lepas itu pun dalam keadaan terpaksa sambil menangis sebab tahi keras susah keluar sampai saya terpaksa korek untuk bagi ia keluar.Adakah merbahaya?apakah jalan penyelesaiannya?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang serat
- kurang minum air kosong
- kanak-kanak baru sahaja mula makan makanan pejal
- masalah usus (jarang-jarang berlaku)
- kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih