
Sulit
5 tahun
Sembelit yang teruk & berulang
Anak saya berumur 2 thn 4 bulan. Dia tak mahu makan n minum selain susu tepung. Masalah saya ialah dia kerap sembelit & setiap 3 hari saya akan twrpaksa memasuk kan ubat Now dah 2 ubat (10ml) & dia tetap tak buang air besar. apa patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang serat
- kurang minum air kosong
- kanak-kanak baru sahaja mula makan makanan solid
- masalah usus (jarang-jarang berlaku)
- kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.