Sulit
4 tahun
Sembuh covid tapi sakit tekak
Saya baru sihat dari covid dah masuk 2minggu,tapi semalam saya start rasa sakit tekak,perih tekak,adakah saya akan positif semula??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, sakit tekak merupakan antara sindrom ‘long-covid’. Setakat ini rawatan yang disediakan oleh KKM adalah berdasarkan simptom pesakit (symptomatic relief).
Bagi memastikan anda bebas daripada jangkitan, ujian pengesanan jangkitan Covid-19 juga boleh dibuat.
Langkah lain yang boleh diambil adalah laporkan situasi ini kepada doktor anda semasa temujanji susulan. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































