
Sulit
4 tahun
Semenjak 2 menjak ni saya demam tiba2. Saya rasa badan saya lemah x larat nak bangun. Kadang badan saya demam kadang tidak
Hi. Doctor saya nak tanya, saya dh lebih 5hari demam. Tapi doctor ckp saya just demam biasa2 je. Tapi deman saya elok bila ambil paracetamol sahaja. Saya kerap kali tidur. Biasa saya tidur 8 jam sehari. Tapi bila saya kena demam nibsaya tidur lebih daripada 8 jam. And tidur saya x teratur. Soalan saya, adakah ini normal. And adakah paracetamol boleh buat saya mengantuk? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah demam yang anda hadapi. Untuk makluman anda, demam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dehidrasi
- tekanan darah rendah
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
- Demam denggi atau virus lain
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Ubat paracetamol berfungsi untuk meredakan demam atau rasa sakit. Walaupun ia bukan merupakan dari golongan ubat sedatif, tetapi ubat tersebut boleh memberi kesan kepada pesakit untuk membantu relaks dan berehat. Individu yang demam wajar untuk mendapatkan tidur yang mencukupi. Jadi, tidur lebih dari 8 jam bukan sesuatu yang dibimbangkan. Anda tidak perlu risau akan perkara sedemikian.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih