
Sulit
5 tahun
Seminggu lebih tak berak dan buasir terasa gatal
saya sudah mengalami penyakit buasir sudah seminggu lebih dan kini benjolan tersebut sudah kecil namun masih terasa sakit sakit sedikit dan terasa gatal dikawasan benjolan kecil itu. dari mula kena buasir sehingga kini benjolan buasir mengecil masih tidak terasa mahu berak. jadi, apakah cara cara bagi saya menghilangkan rasa gatal di kawasan benjolan buasir tersebut dan mengapakah saya seperti susah untuk berak kerana dulu selepas 3 hari saya akan berak . namun, sekarang tidak lagi, adakah dia kesan yang disebabkan buasir itu? dan apakah lepas ini kalau saya berak taik tersebut akan keluar mudah dan tak diikuti dengan darah? mohon penjelasan terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Rawatan buasir adalah bergantung kepada betapa seriusnya masalah buasir yang anda hadapi. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor yang merawat anda secepat mungkin agar doktor boleh menentukan rawatan yang paling sesuai untuk anda.
Secara amnya, buasir yang kecil boleh dirawat dengan meningkatkan pengambilan serat dalam diet pemakanan anda. Pengambilan serat akan melancarkan proses penghadaman makanan, melegakan masalah sembelit dan melancarkan aliran darah di bahagian dubur.
Kapsul yang mengandungi ubat juga boleh disumbat ke dalam dubur untuk mengecutkan buasir. Jika rawatan konservatif adalah tidak berkesan atau buasir anda adalah terlalu besar, pembedahan yang kecil adalah diperlukan untuk membuang benjolan tersebut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.