
Sulit
4 tahun
Seminggu sebelum period, Sakit di bahagian belakang kepala Dan lenguh leher kiri
Saya berumur 23 tahun, saya rasa sakit pd bhgn belakang kepala. Lepas tu saya makan ubat tahan sakit sebiji, sakit makin kurang, tapi selepas beberapa hari, sakit tu datang balik, sehingga sekarang, Dan saya dah habis period selama seminggu, sakit juga akan bertambah jika ada bunyi bising, bila tgk skrin handphone atau tv, Dan bila tunduk, saya akan rasa berdenyut,tak selesa di bahagian belakang kepala

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit belakang kepala dan lenguh di leher. Untuk makluman anda, secara umum, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, antaranya:
- Tekanan darah tinggi
- Jangkitan otak atau selaput otak
- Bendasing di dalam kepala ( space occupying lesion )
- Otot leher tegang
- Masalah saraf
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.