
Sulit
4 tahun
Semput sejak keluar dari hospital
Assalam doktor, saya nak bertanya ibu saya baru keluar dari hospital kerana darah tinggi, kencing manis dan kidney infection. Tapi sejak keluar dari hospital ni dia sering rasa seperti semput2… kadang2 bila baring atau berjalan beberapa tapak akan cepat penat dan semput… untuk makluman doktor, ibu saya dahulu kerap batuk… tapi sejak keluar dari hospital batuknya sudah tiada tapi cepat penat dan semput ini pula yang timbul. Boleh saya tau apa punca penat dan semput ini serta apa yang perlu saya lakukan.
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami bersimpati dengan penyakit serta gejala semput yang ibu anda alami. Namun begitu, frasa “semput” terlalu subjektif, kami memerlukan lebih banyak maklumat daripada anda. Semput atau cepat penat boleh dikatakan gejala yang biasa dialami oleh orang yang berusia lanjut. Pemeriksaan fizikal oleh doktor juga harus dijalankan sebelum membuat sebarang kesimpulan tentang punca sebenar masalah yang dihadapi.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, terdapat beberapa penyakit yang berkemungkinan menjadi punca masalah ibu anda iaitu masalah paru-paru seperti penyakit penyekatan salur nafas kronik (COPD), asthma, Emphysema , Pneumonia, dan juga Interstitial lung disease , iaitu sejenis penyakit sel paru-paru yang rosak dan menjadi parut ( Fibrosis ).
Namun, bagi pneumonia, ia hanya berlaku pada masa yang singkat dan mengejut, dan simptom-simptom terlibat memerlukan perhatian kecemasan dari pihak hospital. Selain daripada masalah pada paru-paru, gejala semput dan cepat juga dialami oleh beberapa pesakit gangguan/masalah jantung.
Berdasarkan keterangan anda, saya nasihatkan anda segera membawa anda berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan menjadi lebih teruk seperti kesukaran bernafas dan sakit dada.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung bermula sekarang.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Cepat penat boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi