
Sulit
3 tahun
Senak Di Bahagian Dada . Sukar Bernafas
umur saya 21. bhagian dada rasa senak . bukan mcm pedih ulu hati . rasa mcm tegang . dh urut byk kluar angin tp sama jee . saya taktahu kenapa. saya takut nak ke hospital musim covid ni

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan dada dan kesukaran bernafas. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma
- Gangguan emosi
- Sakit belakang
- Serangan jantung (penyakit koronari jantung)
- Penyakit jantung lain seperti masalah injap jantung
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.