
Sulit
4 tahun
Senak di bahagian telur sebelah kiri
Dulu da rsa senak telur tapi tak la kerap sangat.tapi sekarangakin kerap senak apabola cuaca sejuk

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, senak di sisi berdekatan zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hernia atau bahasa awamnya adalah angin pasang
- Lipoma yaitu ketulan lemak yang membesar sehingga menimbulkan sensasi senak
- Limfadenitis - keradangan kelenjar limfa
- Buah zakar terbelit (testicular torsion)
- Epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- Orchitis - jangkitan buah zakar akibat jangkitan virus atau bakteria
- Seluar dalam yang terlalu ketat - menyebabkan kesukaran pergerakan buah zakar dan zakar
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar sakit tuan atau doktor pakar urologi mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.