
izzansalleh94
5 tahun
Senak perut sebelah kiri bawah
Salam dokter, Saya lelaki berumur 25 tahun. Sejak raya pertama saya sakit perut sebelah kiri bawah sampai hari ini. Penyakit ni tak sakit tapi rasa macam ada sesuatu atau pun rasa macam ada najis dkt dalam tu. Saya rasa tidak selesa. Kadang kadang rasa senak pun ya juga. Saya ada jumpa dokter di KL buat ultra sound dan juga xray. Dokter tu cakap usus, angin pasang dan pundi kencing normal. Saya dah buntu apa masalah perut saya. Air kencing clear, buang air besar normal. Cuma najis saya kdg2 hancur, tak mcm sebelum ni. Adakah dokter boleh bantu masalah saya ataupun berikan apa apa suggestion untuk saya. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut disebelah kiri boleh disebabkan:
- Sindrom Iritasi Usus
- Divertikulitis
- Sembelit
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
- Masalah testikular
Sekiranya anda mengalami demam, cirit-birit, najis berdarah ataupun kurang berat badan secara drastik, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.