
hakimikartunis7722
5 tahun
Senaman harimau untuk ejakulasi pramatang
Assalammualaikum, Apakah senaman harimau boleh menyembuhkan ejakulasi pramatang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah ejakulasi pra-matang yang anda alami boleh disebabkan:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
Untuk mengatasi masalah anda, anda boleh lakukan beberapa kaedah seperti:
- Bertenang
- Berbincang dengan pasangan
- Psikoterapi
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Penggunaan ubat - ini memerlukan preskripsi doktor terlebih dahulu
Justeru, boleh dikatakan yang penting untuk anda amalkan adalah gaya hidup yang terdiri atas senaman (semua jenis senaman), pemakanan seimbang dan lain-lain. Untuk mengatasi masalah ini dari akar pernyebabnya, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.