
Sulit
5 tahun
Sendi bahu terkehel menolak beban terlalu kuat
saya merasa sakit di bahagian sendi/(soket) apabila melalukan pergerakan . Adakah selepas saya memasukkan tulang bahu ke soket saya perlu mengikat/memakai kain anduh terlebih dahulu ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang
- keradangan sendi
Jika hal ini terjadi selepas anda mengalami masalah tulang sendi terkeluar dari tempat asal (shoulder dislocation) selepas rawatan, anda dinasihatkan untuk mengenakan kain anduh yang khas sekurang-kurangnya 3 minggu. Selepas itu anda perlu melalui progrm rehabilitasi untuk mengembalikan fungsi pergerakan,kekuatan serta kesabilan bahu anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih