
Anonymous
5 tahun
Sendi lemah, kurang makan dan loya
Salam Sejahtera Tn Doktor,
Mohon bantu khidmat nasihat doktor. Isteri saya baru lepas bersalin dan telah melepasi masa berpantang 90 hari. Namun baru2 ini, dia telah mengalami migrain yg sangat teruk, tekanan darah tiba2 naik sehingga 170/100 dan badan sejuk. Setelah berjumpa doktor klinik san mengambil ubat, keadaan agak pulih namun keadaan kesihatan semakin susut. Berat badan drastik turun dari 52kg ke 48kg, tidak boleh makan dengan secukupnya kerana perut terasa tidak baik, ingin muntah, badan terasa sakit sendi dan lemah. Masih mencari punca. Ujian darah dibuat juga tidak menunjukkan apa2 masalah besar. Minta pandangan apa lagi pemeriksaan yang perlu.
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi.
Oleh kerana keadaan puan lebih teruk walaupun telah medapat rawatan, anda amat disarankan untuk kembali mendapatkan pemeriksaan lanjut. Adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan hanya berdasarkan keterangan di atas, oleh itu, sila rujuk kembali ke hospital agar ujian dan pemeriksaan lanjut dapat dijalankan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian sekiranya anda ingin mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.