
annebundan75
4 tahun
Sendi lutut lemah saat turun tangga dgn rasa nyeri
Saya wanita berusia 44 thn. Hampir 3 tahun saya mengalami sakit sendi lutut. Setakat ni saya beli supplement glujoint (soy based) untuk membantu permasalahan ni. Apakah supplement lain yg saya perlukan untuk lebih memberi kesan doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, pertambahan usia biasanya menyebabkan pelbagai masalah terutamanya masalah sendi akibat penggunaan sendi yang telah lama, postur tubuh yang tidak betul dan kekurangan kolagen serta tisu yang tidak lagi mampu menampung atau menyokong sendi.
Selain supplement atau makanan tambahan seperti kalsium, sesetangah masalah sendi adalah disebabkan oleh masalah lain seperti radang sendi atau arthritis. Oleh itu, anda tidak disarankan untuk bergantung kepada supplement sahaja sebaliknya sila dapatkan pemeriksaan untuk mengetahui sekiranya terdapat sebarang masalah yang menyebabkan gejala nyeri dan lemah sendi yang anda alami.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.