
Anonymous
6 tahun
Senggugut berpanjangan
Saya telah berkahwin tetapi belum dikurniakan anak. Sy ingin bertanya period sy sedikit berbanding dgn bulan2 lalu. Anggaran darah haid 1 pad sehari ttpi tidak penuh. Kemudian, perut sy mengalami krem yg sangat teruk selama 3 hari. Sakit secara berterusan tidak tahan dan terpaksa makan ubat panadol. Boleh doc beri penjelasan.

6 tahun
Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sakit perut merupakan salah satu gejala yang paling biasa dialami oleh warga perempuan semasa kedatangan haid.
Perubahan hormon yang berlaku semasa kedatangan haid akan menyebabkan otot-otot di dalam rahim untuk mengeras untuk membuang darah di dalam rahim. Selain itu, perubahan hormon tersebut akan meningkatkan sensitiviti badan terhadap kesakitan.
Oleh itu, warga perempuan akan mengalami sakit perut semasa kedatangan haid. Sakit perut yang teruk semasa kedatangan haid boleh disebabkan oleh pelbagai jenis kondisi lain seperti:
- Endometriosis (lapisan dalam rahim yang tumbuh di luar rahim)
- Fibroid
- Adenomyosis
- Jangkitan rahim
Jika anda masih risau tentang keadaan haid anda, atau jika anda mengalami gejala lain seperti perdarahan haid yang banyak, perdarahan faraj yang tidak menentu masa, demam panas atau sakit senggugut yang serius, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.